Pages

16 March 2010

6 peringkat hubungan intim suami isteri

To share with all friends...

Pakar-pakar agama menyatakan ada 6 peringkat hubungan intim perkahwinan.

Pertama, Bulan madu. Pada masa ini semuanya indah. Apa yang dilakukan suami cantik, apa yang dilakukan oleh isteri semuanya bagus.

Kedua bulan bawang. Bulan air mata. Selepas 3-5 tahun berkahwin, warna-warna sebenar suami -isteri kelihatan. Perangai sebenar suami isteri sudah dikenalpasti. Pada waktu ini mulalah. Itu tak kena, ini tak kena . Kadang-kadang boleh berkahir dengan perceraian.

Ketiga, proses rundingan. Pada peringkat ini suami isteri akan mengenalpasti kesilapan dan kelemahan masing-masing. Suami mengaku kesilapan dan kelemahan dia, isteri juga begitu.

Keempat, penyesuaian. Apabila suami-isteri telah mengetahui kelemahan dan kesilapan masing-masing, segala kekurangan tersebut akan dilengkapi oleh kedua-dua belah pihak. Jika suami yang pandai masak, suami yang tolong masakkan dan jika isteri rajin berkemas, isteri yang yang tolong kemaskan.

Kelima, proses peningkatan. Pada peringkat ini suami-isteri berusaha untuk menjadikan hubungan lebih mesra dan dan bahagia.

Keenam dan yang terkahir, pemantapan. Pada peringkat ini suami-isteri akan berusaha untuk memantapkan hubungan mereka. Selepas enam peringkat inilah maka lahirlah mawaddah rahmah iaitu kasih sayang antara suami isteri. Biasanya pada periingkat keenam ini, warga emas. Harap saya sendiri akan sampai ke tahap ini. Insyaallah.

Dimanakah peringkat anda sekarang dan dimanakah peringkat saya ?

*dipetik dan diolah dengan kebenaran penulis asal di

http://mrslingerie.ning.com/forum/topics/6-peringkat-hubungan-intim

No comments:

Post a Comment