Pages

30 June 2010

Tidur-tidur Yang Sunat Dikejutkan

Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه بالصلاة أو حركه برجله

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah

Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.

Ketiga:
Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.

Rasulullah saw bersabda:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة

“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)

Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena .
Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم

“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari m ena ik dan sebahagian tubuh mu terk ena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak k ena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:
Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق

“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)

Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم

“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”

Keenam:
Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.”
(Hr Bukhari - sahih)

Ketujuh:
Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه

" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)

Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)

Kesebelas:
Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.
Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)

Keduabelas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم

“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”
(Hr Muslim)

Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-A bad i dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.

pakbelang@yahoogroups.com

28 June 2010

Mengetahui tarikh lahir kalender Islam

Untuk mengetahui tarikh lahir anda dalam bulan Islam, pergi ke sini

http://www.islam.com/islamicdates.asp?ct='yes'

24 June 2010

Solat Dhuha - MEREBUT PAHALA BERLIPATGANDA DALAM MASA SINGKAT


Salam sejahtera untuk junjungan kita Muhammad, juga untuk keluarga dan sahabat baginda.

MEREBUT PAHALA BERLIPATGANDA DALAM MASA SINGKAT

[Motivasi & Panduan Yang Berharga Bagi Hamba Mukmin Dalam Mempertingkatkan Produktiviti Ibadat dan Mutu Usia]

Karya : Syeikh Dr Muhammad bin Ibrahim

Adalah sesuatu perkara yang tidak asing lagi bahawa terdapat pada diri manusia sebanyak 360 sendi-sendi. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam memberi kita galakkan dan motivasi agar memberikan sedekah setiap hari untuk setiap sendi dari semua sendi-sendi tersebut sebagai membuktikan kesyukuran kita terhadap anugerah pemberian Allah Subhanahu Wa Ta’ala ini. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Anak Adam terdiri dari 360 sendi-sendi. Setiap sendi hendaklah membayar sedekah setiap hari. “Perkataan” baik yang dituturkan seseorang adalah sedekah. “Pertolongan” yang diberikannya mengenai sesuatu terhadap saudaranya adalah sedekah. “Seteguk” air yang diberi minumnya adalah sedekah. Menjauhkan sesuatu yang mengganggu di jalan adalah sedekah”. (Hadis riwayat al-Tabarani).

Berapa banyak masa yang anda perlukan untuk melaksanakan sedemikian banyak sedekah (360) yang merupakan hutang yang harus anda bayar setiap hari? Sanggupkah anda membayarnya? Mudah-mudahan saja sanggup.

Akan tetapi jika anda menunaikan solat dhuha sebanyak dua rakaat sahaja setiap hari, ini sudah cukup bagi anda untuk melunasi hutang harian dan anda dapat menjimatkan masa dan tenaga. Sedang sedekah-sedekah yang anda lakukan adalah merupakan ganjaran bonus seandainya anda melakukannya. Tambahan pula akan dituliskan bagi anda pahala ibadat umrah kerana malaksanakan solat duha. Sepertimana yang akan dijelaskan dalam pembicaraan mengenai haji dan umrah dalam pembahasan ini.

Diriwayatkan daripada Abu Zarr Al-Giffari Radhiallahu ‘anhu beliau berkata:

“Pada setiap pagi (yang datang dan pergi) seluruh tulang dan sendi setiap salah seorang di antara kamu wajib bersedekah. Setiap tasbih (yang dibacanya) adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh berbuat baik adalah sedekah, dan mencegah kemungkaran adalah sedekah. Terpadalah untuk keseluruhan yang disebutkan itu dua rakaat solat dhuha yang anda lakukan.” (Hadis riwayat Imam Muslim dan Abu Daud).

Ini adalah satu peluang besar, yakni bagi sesiapa yang mempunyai masa untuk menunaikan solat ini yang dikatakan juga solat awwabin. Agar ia meraih ganjaran ini, terutama sekali wanita yang pada umumnya banyak berada di rumah.

Masa yang terbaik untuk menunaikannya adalah di saat panas matahari telah semakin kuat atau waktu duha sudah naik atau matahari sudah tinggi (pukul 9.00-10.00).

Zaid bin Arqam meriwayatkan bahawa beliau melihat jamaah menunaikan solat dhuha. Ia lalu berkata “Tidakkah mereka tahu bahawa solat pada selain waktu ini adalah lebih afdal. Kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Ertinya “Solat awwabin adalah di saat anak-anak unta mula berehat”. (Hadis riwayat Imam Muslim). Yakni di waktu anak-anak unta telah merasakan teriknya panas cahaya matahari.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, beliau berkata “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda” “Sesiapa solat Subuh berjamaah, kemudian ia duduk untuk zikrullah sehingga matahari terbit, setelah itu ia solat dua rakaat, maka ia akan memperoleh pahala seperti menunaikan ibadah umrah yang sempurna.” (Hadis riwayat al-Tirmizi).

Sepatutnya, wahai saudara seagama, anda hendaklah mengusahakan faktor-faktor yang dapat membantu anda untuk berbuat demikian. Ataupun paling kurang anda melaksanakannya setiap cuti hujung minggu di mana anda tidak terikat pada kebiasaannya dengan pelajaran atau tugas. Dengan demikian anda akan memperoleh pahala dua kali haji dan dua kali umrah setiap minggu, yakni seakan-akan anda telah hidup selama dua tahun di mana anda menunaikan ibadah haji pada setiap tahun.

Kesimpulannya, beriktikaf di masjid selepas solat Subuh berjamaah hingga masuk waktu solat Dhuha, imbalannya di sisi Allah sama dengan menunaikan ibadah Umrah yang sempurna. Semasa beriktikaf hamba mukmin dapat mengisi dan mempergunakan masanya dengan bermacam-macam aktiviti yang bermanfaat, seperti zikir (tilawah Al-Quran, tasbih, takbir, tahmid, tahlil, isitighfar, selawat dan seumpamanya) terutama sekali zikir atau wirid yang khas dibaca di pagi hari, mengikuti kelas agama, membaca kitab yang bermanfaat, berbincang dengan sahabat mengenai permasalahan agama dan sebagainya. Pada kebiasaannya hamba yang diberi Allah taufiq tidak akan berat baginya melaksanakan amalan iktikaf ini, terutama sekali jika ia mengamalkan cara “tidur” mengikut sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yakni baginda dan para sahabat selalu tidur awal di malam hari bagi membolehkan mereka melaksanakan qiyamullail dan beriktikaf di masjid sesudah solat Subuh hingga masuk waktu solat Duha.

  • Sebenarnya Solat Isyraq dinamakan juga Solat Dhuha. Tapi banyak orang yang salah faham yang mengatakan bahawa Solat Isyraq bukan Solat Dhuha.
  • Pengarang Tuhfah Al-Ahwazi.. berkata “Solat sunat ini dinamakan juga Solat Isyraq, ia adalah permulaan solat Dhuha” (3/194).
  • Berkata Syeikh Abd Rahim Al-Hasyim “Solat Isyraq adalah termasuk solat Dhuha. Barangkali di kalangan sebahagian ulama dinamakan juga Solat Isyraq kerana masa melakukannya hampir dengan terbit matahari.”

Dari Hasan bin Ali ra berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; ‘Barangsiapa telah selesai mengerjakan solat Suboh lalu dia berzikir kepada Allah ‘azzawajalla hingga matahari terbit, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat atau 4 rakaat (solat Dhuha), nescaya api neraka tidak akan menyentuh kulitnya.’ (Hr Baihaqi dlm Syu’bul Iman, iii/420)

Dari Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw bersabda;
‘Barangsiapa selesai mengerjakan solat Suboh berjemaah, lalu dia duduk sambil berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia mengerjakan solat 2 rakaat (solat Dhuha), maka dia memperolehi pahala seperti haji & umrah.’ Anas ra melanjutkan bahawa Rasulullah saw bersabda; ‘(Haji & umrah) Yang sempurna, Yang sempurna, Yang sempurna.’ (Hr Tirmizi, katanya hadis ini  hasan gharib, hn 586)

Dari Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda; ‘Sesungghhnya Allah ‘azzawajalla berfirman, “Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu.” ’ (Hr riwayat Ahmad & perawinya adalah tsiqat, Majmauz Zawaid, ii/492)

Dari Abu Hurairah ra berkata,
‘Rasulullah saw mengirim satu jemaah & dalam tempoh yang singkat mereka kembali dengan membawa ghanimah (harta rampasan perang) yang banyak. Seorang lelaki berkata; ‘Wahai Rasulullah, kami belum pernah melihat satu jemaah pun yang kembali begitu cepat sambil membawa ghanimah yang begitu banyak selain dari jemaah ini.’ Rasulullah saw bersabda; ‘Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang seorang yang memperolehi ghanimah dengan waktu yang lebih singkat? Iaitu seorang yang berwuduk dengan sempurna di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Suboh, kemudian (setelah terbit matahari) dia mengerjakan solat Dhuha. Sesungguhnya dialah orang yang lebih banyak memperolehi ghanimah dalam waktu yang lebih singkat.’ (Hr riwayat Abu Ya’la & perawinya adalah sohih, Majmul Zawaid, ii/491)

Doa Solat Dhuha

Ya Allah, ya Tuhanku,
sesungguhnya waktu Dhuha ini adalah milkikMu,
Seri cahayanya adalah seri cahayaMu,
Keindahannya adalah keindahanMu,
Kekuatannya adalah kekuatanMu,
Pemeliharaannya adalah pemeliharaanMu;
Ya Allah, ya Tuhanku, sekiranya rezekiku
berada di langit maka turunkanlah ia,
Sekiranya berada di dalam bumi
maka keluarkanlah ia,
Sekiranya sukar diperolehi
maka permudahkanlah ia,
Sekiranya berada jauh maka dekatkanlah ia,
Sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah ia
dan berkatilahnya;
Demi keberkatan dan hakikat DhuhaMu,
seri cahayaMu, keindahanMu,
kekuatanMu dan pemeliharaanMu,
Berilah kepada ku sebagaimana Engkau berikan
kepada hamba-hambaMu yang soleh.
Wahai Tuhan sekalian alam.
Salam sejahtera untuk junjungan kita Muhammad,
juga untuk keluarga
dan sahabat baginda.

اَللَّهُمَ إنَّ الضُّحَى ضُحَاكَ
وَالْبَهَاءَ بَهَاؤُكَ
وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ
وَالقُوَّةَ قَوَّتُكَ
وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ
اَللَّهُمَ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي السَّمَاءِ فَأَنزِلْهُ
وَإِن كَانَ فِي الأَرْضِ فَأَخْرِجْهُ
وَإِنْ كَانَ مُعَسَّراً فَيَسِّرْهُ
وَإِنْ كَانَ بَعِيْداً فَقَرِّبْهُ 
وَإِنْ كَانَ قَلِيلاً فَكَثِّرْهُ وَبَارِكْهُ
بِحَقِّ ضُحَاكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَعِصْمَتِكَ
آتِنِي مَا آتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ
يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
وَصَلَّى اَلله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ وَسَلَّم


http://xa.yimg.com/kq/groups/18111380/1483520467/name/Doa+Solat+Dhuha.doc

Keajaiban di Padang Arafah

"Alhamdulillah ustaz, syukur", kata Puan Zanariah atau lebih mesra dipanggil dengan nama Kak Yah.

"Ye ye", kata saya sambil senyum tapi hati saya tertanya-tanya,

"Siapa kakak ni?"

Taklah susah sangat untuk mengenali semua penghuni apartment yang tak sampai 50 orang ini, tapi sebelum ini saya tak pernah nampak Kak Yah.

Saya tak kenal kak Yah tapi, dia menyapa saya dengan mesra. Lebih-lebih lagi dia menyapa di apartement yang saya duduk.

"Ustaz sebelum ni, mesti ustaz tak perasan saya, tapi mula-mula datang dulu, saya dah cam ustaz" kata kak Yah lagi.

"Aahlah, kak duduk mana sebelum ni" tanya saya.

"Ada, tapi dalam bilik sahaja" jawabnya ringkas.

"Saya syukur ustaz, saya sebenarnya stroke, jalan pun orang papah, itu yang duduk dalam bilik sahaja" kata kak Yah.

"Semalam ke Arafah, orang papah saya. Alhamdulillah, sehari di padang Arafah, saya berdoa pada Allah agar Allah beri kesihatan pada saya, lepas itu Alhamdulillah ustaz, waktu tu, Allah terus beri kesembuhan kepada saya ustaz. Saya terus dapat jalan sendiri. Tak sangka, saya dah boleh jalan sendiri ustaz" kak menyambung kisah gembiranya dengan perasan terharu.

"Subahanallah, subahanallah", tak henti-henti saya mengucapkan tasbih menyatakan kekaguman kepada Allah.

Seorang yang sedang sakit, menadah tangan, mengadu pada Allah, Allah berikan kesembuhan kepadanya.
"Macam mana nak logikkan menurut sains", bisik hati saya.

Tapi itulah hakikatnya. Sains hanyalah dilahirkan dari kajian manusia, sedangkan banyak lagi perkara yang manusia tidak temui.

Itulah hakikatnya, satu antara ribuan kisah ajaib di tanah suci Mekah. Mungkin ada di antara kita yang mecebek cerita seperti ini. Mungkin ada yang mengatakan:-
"Ah!.. kebetulan kot"

Sebenarnya, di dalam Islam, memang ada dibincangkan mengenai keajaiban-keajaiban ini.

Jika ia berlaku kepada para Rasul, maka ia disebut sebagai Mukjizat. Di antara contoh mukjizat Nabi ialah membelah bulan, batu pernah berkata-kata dengan Nabi berdasarkan hadis:-

Dari Jabir bin Samurah dia telah berkata, telah bersabda Rasullulah saw, sesungguhnya aku sangat mengenali satu batu di Mekah dulunya ia mengucapkan salam padaku sebelum aku diutus, aku mengenalinya sekarang (Hadis riwayat Muslim di dalam kitab al-fadhail di dalam bab Fadl Nasab an-Nabi saw wa at-Taslim)

Jika sesuatu keajaiban itu berlaku pada para sahabat, para wali, ia disebut sebagai karamah. Ia seperti yang berlaku kepada Saidina Umar r.a ketika beliau mengirim pasukan tentera yang dipimpin oleh seorang yang dipanggil Sariyah. Saidina Umar yang sedang berkhutbah di Madinah tiba-tiba berteriak:-

"Wahai Sariyah, bertahanlah di gunung"

Ketika pasukan Islam itu pulang, antara mereka bertemu Saidina Umar, "Wahai Amirul Mukminin, kami menghadapi musuh kami dan kami hampir kalah, tiba-tiba ada teriakan:-

"wahai Sariyah, bertahanlah di gunung, maka kami bertahan di gunung, dan Allah mengalahkan mereka"

(Menurut at-Tabrizi, diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam Dala’il an-Nubuwwah dan Muhaqqiq al-Misykat berkata : Ibnu Asakir juga meriwayatkan serupa dengan sanad Hasan)

Jika ia keajaiban itu berlaku kepada orang awan, maka ia dipanggil Maunah. Ia berlaku seperti kepada kisah kakak di atas.

Jika keajaiban itu berlaku ke atas orang-orang kafir, fasik, zalim dan orang-orang jahat, maka ia dipanggil Istidraj, iaitu kelebihan yang Allah beri kerana usahanya sedangkan pemberian itu untuk lebih menjauhkannya dari Allah. Pemberian itu dianugerahkan dengan keadaannya dimurkai Allah.

Rasullullah saw, ditanya tentang dukun (yang mempunyai keajaiban), baginda bersabda:-

"Dia tidak mempunyai kemampuan apa-apa, Mereka berkata, Ya Rasullullah, mereka (para dukun itu) menyampaikan kepada kami tentang sesuatu dan ternyata benar, maka bersabda Rasullullah saw, Itulah kalimat hak yang dicuri oleh jin, kemudian mereka sampaikan ke telinga pendukungnya lalu berita benar tersebut mereka campur seratus dusta" (Jami Ushul, Ibnu Atsir, V/63)

Al-Harits ad-Dimisyqi, seorang penjahat dan pendusta, ketika ditangkap oleh umat Islam untuk dibunuh, ada yang menikamnya dengan tombak tetapi tidak lut, maka Khalifah Abdul Malik bin Marwan berkata pada tenteranya:-

"Sesungguhnya engkau tidak membaca Bismillah"

Maka mereka membaca Bismillah, lalu menikamnya dan mereka dapat membunuhnya (al-Rusul wa al-Risalah, Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar, hal 220)

Itulah pembahagian keajaiban. Ia memang ada dan ada ketogerinya.

Sebab itu di dalam Islam, kita tidak diajar untuk ghairah dan takjub pada keajaiban yang ada pada manusia ini. Ditakuti kita cuba mendapatkannya dengan keadaan yang dimurkai oleh Allah.

Menjadi kebal tetapi dikurniakan dengan istidraj.

Semua kejaiban yang berlaku adalah untuk Allah tunjukkan kebesaran dan keagunganNya. Semoga kita tergolong di dalam golongan orang yang sentiasa meningkatkan keimanan kepada Allah swt.

Sesungguhnya, redha Allahlah yang kita buru di dalam hidup ini, bukan selainnya.

“Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Sya’ab Ali, Mekah al-Mukarramah

22 June 2010

Rasulullah tukar strategi dakwah

Bagi bangsa Arab Palestin, keimanan mereka diuji oleh kekejaman Israel namun ternyata mereka merupakan Arab yang kental, tabah dan tetap teguh terhadap Allah dan rasul-Nya. – Gambar hiasan

Susunan SITI AINIZA KAMSARI
ainiza.kamsari@utusan.com.my


SEKALIPUN kaum Quraisy meminta Nabi Muhammad SAW untuk membelah matahari, cukuplah sekali mereka memperdayakan baginda.

Sedangkan kejadian yang luar biasa hebatnya iaitu, Israk dan Mikraj dan bulan terbelah dua langsung tidak memberi pengajaran kepada mereka, maka baginda sudah tidak perlu terus memenuhi permintaan kaum Quraisy itu.

Namun itu tidak bermakna baginda berputus asa terhadap segala macam kerenah dan sikap bebal kaum Quraisy itu.

Cuma baginda hanya perlu menukarkan strategi. Ini kerana Tanah Arab tidak dihuni oleh kaum Quraisy sahaja. Ada berpuluh-puluh lagi kaum dan suku Arab yang boleh baginda sampaikan dakwah Islam.

Jadi, baginda tidak perlu menghabiskan seluruh masa yang ada untuk kaum yang degil itu.
Justeru, baginda pun mengambil pendekatan untuk pergi menemui setiap kabilah yang ada untuk mengajak mereka memeluk Islam.

Mari kita mengambil kisah-kisah baginda menemui suku dan kabilah Arab ini terutamanya daripada buku Fiqh al Harakah (Dari Sirah Nabawiyyah) tulisan Abdul Hadi Awang.

Begitupun sebenarnya, nasib yang diterima oleh baginda tidak ada bezanya sebagaimana hasil dengan dakwah dengan kaum Quraisy itu sendiri.

Sebanyak manapun suku dan kaum lain yang baginda temui, sebahagian besar daripada mereka menolak dakwah baginda.

Apakah masalah kaum-kaum ini untuk menerima Islam sedangkan hati mereka mahu beriman sepenuhnya dengan agama itu.

Dakwah Nabi Ibrahim

SEMASA meninggalkan Babylon, Nabi Ibrahim telah berhenti di sebuah tempat yang dinamakan Haran.
Penduduk Haran keseluruhannya menyembah bintang-bintang. Jelas, sekali lagi Nabi Ibrahim berhadapan dengan masyarakat yang berada dalam kesesatan.
Namun, Nabi Ibrahim tidak menyampaikan dakwah kepada mereka secara nyata. Baginda merancang dengan teliti supaya mereka dapat menerima ajaran yang dibawanya.
Pada mulanya Nabi Ibrahim berpura-pura mengamalkan ajaran yang sama seperti mereka.
Baginda bergaul seperti biasa bersama-sama dengan penduduk supaya kehadirannya sebaik mungkin.
Saban hari baginda duduk bercakap-cakap sambil menyampaikan ajaran yang dibawanya secara tidak langsung.
Dengan cara itu baginda dalam melihat tindak balas dan penerimaan penduduk terbabit.
Pada suatu hari, ketika duduk bersama mereka, Nabi Ibrahim telah menunjukkan ke arah sebutir bintang yang berada di langit. Baginda pun berkata: "Oh, inilah Tuhanku."
Tetapi apabila bintang itu hilang daripada pandangan, baginda pun berkata lagi: "Aku tidak menyukai Tuhan yang berubah-ubah dan timbul tenggelam di angkasa."
Keesokan harinya Nabi Ibrahim pun duduk lagi bersama dengan penduduk Palestin.
Apabila terbit sahaja matahari, Nabi Ibrahim pun berkata lagi: "Inilah Tuhanku kerana ia lebih besar daripada yang lain dan cahayanya lebih terang. Inilah yang patut aku sembah."
Apabila hari menjelang petang, matahari itu pun mulai terbenam. Melihat sahaja matahari terbenam, Nabi Ibrahim pun berkata kepada penduduk Palestin: "Sesungguhnya kamu telah tersesat dan terpengaruh oleh ajakan Iblis dengan penyembahanmu kepada bintang-bintang iaitu makhluk yang diciptakan oleh Tuhan yang Maha Kuasa.
"Sepatutnya Dialah yang kamu sembah dan bukan bintang-bintang ciptaan-Nya itu.
"Aku bebas daripada sembahan kepada Tuhan-tuhan kamu itu. Aku hanya menyembah kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. Kepada-Nya aku beribadat dengan hati yang tulus ikhlas. Hanya Dia Tuhan yang aku sembah. Tidak ada Tuhan lain selain daripada-Nya. Sesungguhnya aku bukan tergolong dalam golongan yang musyrik."
Penduduk Palestin amat terkejut apabila mendengar kata-kata Nabi Ibrahim itu. Mereka mendapati Tuhan Nabi Ibrahim berbeza dengan tuhan mereka. Mereka berasakan Nabi Ibrahim telah tersesat dan perlu dikembalikan ke pangkal jalan. Nabi Ibrahim menolak ajakan mereka itu. Apabila baginda menolak ajakan tersebut, mereka pun mengajak baginda berdialog. Mereka berasakan bahawa merekalah yang benar.
Walau bagaimanapun, Nabi Ibrahim menolak ajakan mereka itu dengan berkata: "Kamu ingin berdialog denganku tentang ketuhanan kerana kamu berharap agar dapat mendorongku mengikut kamu menyembah yang batil dan sesat itu.
"Janganlah terlalu berharap. Harapan kamu akan sia-sia belaka. Tidak ada gunanya mengajak aku berdialog dengan kamu kerana Allah telah menunjukkan jalan yang benar dan akidah yang hak, sesuai dengan fitrah dan martabat manusia sebagai makhluk Tuhan yang utama."
Oleh yang demikian, mereka ternyata tidak berjaya untuk memesongkan akidah Nabi Ibrahim. Baginda tetap berpegang teguh dan beriman hanya kepada Tuhan yang Esa.

Naim Qlate 

Jangan ambil mudah soal masbuk

Ahmad Mustafa Mohd. Sidin


MEGA: Apa maksud masbuk dan muafik.

MUSTAFA: Secara ringkas, muafik adalah makmum yang sempat takbiratul ihram dengan imam. Dengan kata lain, orang yang muafik ini datang awal ke masjid dan surau serta sempat membaca fatihah bersama imam.

Makmum yang muafik bermaksud dia sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, di mana dia sempat berjemaah dengan imam sekadar masa yang membolehkan ia membaca al-fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang pertengahan di kalangan kebiasaan orang ramai.

Masbuq adalah makmum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya sekadar masa membaca al-fatihah dengan bacaan yang pertengahan. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, bahkan mengikut bacaan kebiasaan orang ramai.

Makmum yang tidak sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang membolehkan ia membaca al-fatihah hingga selesai, maka dinamakan orang yang masbuk.
Jika kita masbuk, apakah syarat fatihah kita untuk ditanggung oleh imam?

MUSTAFA: Apabila imam selesai membaca fatihah dan rukuk sebelum makmum yang masbuk sempurna membaca fatihah, maka wajib makmum itu memutuskan atau memberhentikan bacaan fatihahnya dan terus rukuk.

Syarat untuk membolehkan makmum memotong bacaan fatihah dan ditanggung oleh imam adalah jangan membaca yang sunat. Iaitu jangan membaca doa iftitah danta'awuz (auuzubillah).
Orang yang masbuk hendaklah terus membaca rukun qauli (bacaan) yang wajib. Bagi al-fatihah yang wajib adalah bermula dengan bismillah.

Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang solat berimam maka bacaan imam itu adalah bacaannya".

Bagi mereka yang masbuk ketika imam sedang rukuk, mereka hendaklah terus rukuk mengikut imam dan tidak perlu lagi membaca fatihah.

Makmum itu dikira mendapat satu rakaat jika dia sempat rukuk bersama imam dengan tama'ninah.
Bagaimanapun, suka diingatkan supaya jangan sengaja melewat-lewatkan bertakbir. Ini taktik orang yang menyangka mereka untung kerana tidak perlu membaca fatihah. Walhal perbuatan tersebut adalah makruh.

Jika kita muafik, tiba-tiba imam membaca surah pendek dan laju. Kita baru separuh baca fatihah, apa yang perlu makmum lakukan?

MUSTAFA: Dalam kitab fikah, makmum boleh takhalluf (ketinggalan atau terkebelakang) daripada imam tidak melebihi tiga rukun fi'li (perbuatan).

Jika makmum ada masa yang cukup untuk baca fatihah tetapi dia termasuk dalam golongan yang bacaannya lambat secara semula jadi, maka ada ulama yang mengharuskan orang ini memotong bacaan fatihahnya dan terus rukuk sebagai mana makmum yang masbuk. Dan orang ini tidak dikira sebagai muqassir (cuai).

Namun, mengikut qaul yang asah seperti yang tersebut dalam kitab al-Raudah, makmum itu hendaklah menghabiskan fatihahnya dan takhallufnya itu diberi keuzuran.

Bagaimanapun, bacaan al-Quran itu ada tiga wajah iaitu tartil (lambat), tadwir(sederhana) dan hadr (laju). Jadi, kalau pada rakaat pertama kita ketinggalan membaca al-fatihah maka pada rakaat seterusnya hendaklah kita memilih bacaan yang lebih cepat supaya sempat menghabiskan al-fatihah.

Dalam bab masbuk, adakah nas untuk kita tepuk bahu imam?

MUSTAFA: Sebenarnya tidak ada nas berbuat demikian. Bahkan jika kita lakukan perbuatan itu sehingga mengganggu khusyuk solat orang lain, itu jatuh makruh.
Kalau kita hendak masbuk, cukup sekadar kita merapatkan diri dengan imam itu atau menguatkan suara semasa bertakbir.

Ini kerana, tidak disyaratkan seorang itu berniat imam kecuali semasa mengimamkan solat Jumaat.
Apabila imam tersilap, contohnya tertinggal tahiyat awal, bagaimana makmum boleh menegurnya?

MUSTAFA: Dalam hal ini, makmum itu perlu tahu adakah kesilapan itu perkara rukun atau sunat dalam solat.

Kalau dalam perkara sunat, makmum tidak dibenarkan melawan atau menyalahi imam. Contohnya, imam terlupa membaca tahiyat awal pada rakaat kedua sebaliknya terusqiam selepas sujud.
Dalam hal ini, makmum wajib ikut imam cuma dia boleh menegur dengan menyebutsubhanallah supaya imam tahu dia terlupa tahiyat awal dan boleh sujud sahwi kemudian.
Jika makmum berkeras dan membaca tahiyat awal maka solatnya batal.

Lain pula halnya jika yang terlupa itu melibatkan rukun. Contohnya, imam bangkit selepas rakaat keempat pada solat asar.

Kalau makmum sedar imam terlebih rakaat, maka dia tidak boleh ikut bangun. Jika makmum ikut tambah satu rakaat, maka solatnya batal. Walhal bagi imam, solatnya sah kerana dikira uzur akibat terlupa. Dengan itu, imam boleh teruskan solat hingga memberi salam.
Sebaliknya makmum diberi pilihan sama ada hendaklah duduk tahiyat akhir dan tunggu imam sehingga sampai salam atau niat mufarakah (berpisah daripada imam).

Dalam mengajar anak-anak solat berjemaah, adakah wajar membawa mereka bersama-sama di tengah saf?

MUSTAFA: Membawa anak-anak solat berjemaah adalah amalan baik. Cuma, pengawasan ibu bapa serta Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid atau surau adalah perlu. Ia supaya anak-anak tidak mengganggu perjalanan solat sehingga menjejaskan kekhusyukan para jemaah.

Bagaimanapun, perkara ini adalah subjektif dan memerlukan kita melihat kepada kesesuaian tempat, masa dan kumpulan sasaran.

Jika berlaku kesesakan disebabkan ruang solat yang kecil terutama pada solat Jumaat maka pengasingan saf antara golongan dewasa dan kanak-kanak perlu dilakukan secara bijak.
Adalah dicadangkan supaya diletakkan had saf kanak-kanak untuk memberi ruang kepada jemaah dewasa yang masbuk.

Para ulama khilaf dalam menetapkan hukum sama ada putus atau tidak saf jika ada kanak-kanak di situ. Bagaimanapun, umumnya di negara kita, saf kanak-kanak diasingkan daripada dewasa. Cuma ia jangan pula terlalu jauh antara kedua-duanya.

Masjid di negara kita indah tetapi masih gagal menarik remaja datang. Apakah yang diperlukan untuk menarik mereka ke masjid masa kini?

MUSTAFA: Masjid boleh menjadi tumpuan masyarakat dengan menyediakan prasarana yang memudahkan para jemaah.

Paling utama kini adalah kemudahan meletak kenderaan. Sebabnya, hal ini jika tidak diatur dengan baik boleh memberi gambaran negatif kepada bukan Islam sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas setiap kali solat Jumaat. Lalu Islam akan dilihat sebagai menyusahkan orang lain.
Bagi menarik para remaja, masjid boleh menyediakan kemudahan riadah seperti gelanggang futsal dan ping-pong.

Masyarakat juga mahukan tempat pembelajaran yang selesa iaitu dewan kuliah atau seminar yang dilengkapi kerusi meja dan alat bantu mengajar.
Masjid juga perlu dilengkapi kemudahan wi-fi. Sudah ada masjid yang menawarkan perkhidmatan ini tetapi ia masih belum meluas.

Naim Qlate 

AMALAN YANG MENINGGIKAN MARTABAT MANUSIA

Abu Laith berkata:
  1. Banyak bersedekah.
  2. Sentiasa membaca Al-Quran.
  3. Bersama orang yang mengingati Akhirat.
  4. Menghubungkan Silatur Rahim.
  5. Menziarahi orang sakit.
  6. sedikit bergaul dengan orang kaya yang lupa Akhirat.
  7. Banyak berfikir tentang kesudahannya.
  8. Diam dan sedikit berbicara.
  9. Tawadduk.
razniu2 

panduan BERSAHABAT

Ada orang kata.. kenalan, ada yang panggil teman, tak kurang juga kawan.. handai... taulan dan dalam semua itu sahabat adalah kedudukan yag paling tinggi. mereka ini setia , dalam susah dan senang, mereka tidak akan sesekali membiarkan sahabat mereka dalam keadaan sedih dan merana. mereka sedia berkorban demi melihat sahabat nya bahagia.. 1.Sahabat Yang Baik
Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3.Pasang-Surut Persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat

Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.

Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

5.Sukarnya Sahabat Sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah

Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

8.Menghormati Orang Lain

Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.

Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9.Menghadapi Musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.

Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.

Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10.Tipu Daya Manusia

Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11.Tempat Menggantungkan Harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12.Menjaga Nama Baik

Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.

Selamat tinggal dunia jika tasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

Sumber: SUARA MASJID AL-AZIM
amainitaib@yahoo.com.my

MENGURAT & BERCINTA MENURUT ISLAM

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula "pakai bedal sahaja". Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.

Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.

Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.

Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.

Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.

Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.

Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.


amainitaib@yahoo.com.my