Pages

19 December 2010

Mencari keredhaan Allah

Maksud hadis;
Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hndak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah.
                                                                                       (Diriwayatkan oleh al-Tabrani)


Mukadimah hadis;
Setiap manusia hendaklah sentiasa berusaha untuk mendapatkan keredaan Allah kerana keredaan Allah itu adalah kemuncak pengharapan manusia yang hidup di muka bumi. Ini boleh dicapai dngan melakukan segala perinta-Nya dan meninggalkan sgala larangan-Nya.
Huraian Hadis;
1 Keredhaan Allah dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat.Asas kerehaan itu ialah berdasarkan kepada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah walaupun ianya bertentangan dengan kemahuan manusia.
2.  Kemurkaan Allah bergantung kepada amalan buruk manusia. Kemurkaan Allah adalah hasil daripada perbuatan manusia yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka yang berkelakuan sedemikian tidak mendapat petunjuk dan hidayah serta akan mendapat balasan buruk di dunia atau akhirat.
3.  Allah memberi sebab menentukan keredaan-Nya dan kemurkaan-Nya, bermaksud Allah memperkenankan usaha-usaha yang dibuat bagi tujuan mencapai apa yang dikehendaki oleh seseorang sama ada keredaan atau kemurkaan daripada Allah dan rasul-Nya atau kebencian dan keredhaan manusia.
4. Dihiasi dirinya, perkataannya dan perbuatannya bererti Allah memberi petunjuk dan taufik kepada sesiapa yang diredai hinggalah perkataan dan perbuatan yang dilakukan semuanya elok, cantik lagi indah mengikut pandangan manusia dan pandangan Allah.
5. Keredaan Allah dan rasulnya itulah sahaja yang boleh menentukan kedudukan seseorang mukmin, yang menangkat atau menjatuhkan darjat mereka, menghina atau memuliakannya. Makhluk Allah itu termasuk manusia adalah makhluk yang lemah dan sentiasa memerlukan perlindungan Allah lantaran itu tidak wajar seseorang mukmin itu menentang hukum Allah SWT.
6. Oleh kerana kelemahan manusia yang sering terpedaya dengan keindahan dunia maka terdapat dikalangan mereka yang suka mencari peluang mendapatkan kuasa, pengaruh, pangkat, harta sebagainya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah. Sedang Allah dan rasulnya itulah yang mesti dibesarkan dan dimuliakan serta diharap keredaan-Nya.
Maksud firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 62;
“Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, pada hal Allah dan rasulnya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaannya, jika betul mereka orang yang beriman”
7. Sikap dan perbuatan mengutamakan makhluk itu banyak berlaku dihadapan mata kita sehingga ada yang sanggup melakukan kerosakan, menganiaya, penindasan dan kekerasan semata-mata untuk mendapatkan kepuasan nafsu dan keredaan makhluk. Sanggup mengampu, bermuka-muka, berpura-pura dan sebagainya asalkan mendapat apa yang dihajatkan biar apa pun yang berlaku kepada orang lain.
Pengajaran;
1. Tanda kesempurnaan Iman ialah sanggup melakukan sesuatu sesuai dengan keredaan Allah dengan mengikut pengajaran al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah, sekalipun tidak disukai oleh orang lain.
2. sesiapa yang berusaha mendapatkan keradaan Allah maka Allah akan menolong dan memeliharanya serta mendapat perhatian-Nya. Akan tetapi sesiapa yang mengharapkan keredaan makhluk dengan membuat perkara-perkara yang di murkai Allah. Maka Allah tidak akan memberinya pertunjuk dan hidayah, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.
3. Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertunjuk Allah bagi memperkuatkan iman dan keyakinan yang akan menjadi kuasa pendorong kepada kebajikan dan menghalang daripada melakukan kerosakan dan kejahatan.
Kesimpulan;
Seseorang mukmin hendaklah sentiasa berusaha mencari keredaan Allah dan rasulnya lebih daripada yang lain kerana itulah sahaja yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.


http://www.maij.gov.my/maklumat/p_hadis/p_hadis_1.html

16 December 2010

TANDA HATI KITA MATI



Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :


~Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya



~ Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda



~Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya



~Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya



~ Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya



~Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya



~Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya



~Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya



~Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri



~Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil





Pengajaran daripadanya:



Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.



Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.



Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.



Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).



Firman Allah:



ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨) 




(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28) 





Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, 
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."




Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.



Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:



ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣) 




"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."




Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.




Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."



Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).



Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.


pakbelang.yahoogroups.com

Naim Qlate - mohd_naim82@yahoo.com

01 December 2010

Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah  

Bahagian Pertama (Kuliah Subuh di Mekah pada 18 April 2005)


Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.


Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai.


Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.


Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.


Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.


Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan
untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.


Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. 


Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”


Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.


Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.


Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu ditukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.


Bahagian Kedua (Kuliah Pengubatan pada 12-Feb-2007)


Saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.


Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.


Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”


Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”


Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.


Untuk mendengar sendiri terus dari mulut Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din sila muat turun audio rakaman dibawah ini


1. (Audio MP3: 4.8MB)
2. (Audio RealMedia: 2.5MB)




Sisipan:


Gambar Kaabah dari dalam.




Kunci Kaabah.

sumber:
pakbelang@yahoogroups.com 

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
:: eSpAcE 9808 :: - rienacom@yahoo.com.sg


Say NO to POLIGAMY!

barangkali inilah kata-kata mereka ...(kata-kata/pandangan orang yang tidak beradab/ biadab dengan TUHAN)

Tuhan,engkau tak kaji dulu ke tentang syariat poligami..kan ianya menyusahkan kaum perempuan..

Tuhan....kami tak mahu poligami!!! kenapa adakan poligami.Engkau tak tahukah perasaan kami.

Tuhan..syariat lain tak apa tapi bab poligami ni kami TOLAK

Tuhan..kenapa adakan poligami?kan banyak rumahtangga kucar kacir kerana poligami ( sedangkan lebih ramai yg monogami kucar kacir kita tak kisah pun)

Apa pandangan anda pula?

Ya’Allah!! Nauzubillah... kenapa harus jadi begini? (menentang poligami)????

pandangan saya yang daif ini...

Isu Poligami ni rasanya bukan di sini saja diperbincangkan dan tidak akan berhenti hingga dunia kiamat. Keadilan tidak akan dapat dibentuk untuk bersetuju 100% atas tiap individu, bergantung kepada kefahaman dan pengetahuan mereka terhadap hukum dan aturan Allah.

Banyak kali telah saya katakan, poligami tidak boleh dibincang atas landasan emosi. Ia hukum dan peraturan Allah yang telah termaktub. Namun bahaya akal yang ditunggang emosi akan mengakibatkan kita tidak lansung peduli.

Amat sukar bagi manusia untuk mendidik akal, kerana bahayanya akal ini, ia bisa berubah-ubah  mengikut arah yang menunggangnya, jika nafsu, maka menjadi membuak-buak  rasa. Jika emosi, ia tidak keruan, jika iman ia akan tunduk dan lemah lembut.. waima mudah berkata tapi payah untuk melaksana.

jadi  hakikatnya  suami bukan milik kita, dia milik Sang Maha Pencipta..kita juga.. anak, harta... SEGALA-GALANYA.. pun kendati diri tidak semudah ungkapan bibir.

Ramai kita gagal untuk melaksanakan amanah Allah bukan semata dalam bab poligami.  tapi hampir saja semua aspek kehidupan..dan sahabat semua buka mata dan minda anda, buka dada (hati) dengan lapang, jangan terlalu emosi dan menafikan kebenaran bahawa.. ada golongan manusia yang sudah mampu sampai kedaerah penyerahan kepada Allah, sebab itu bagi mereka poligami tidak lagi mendatangkan satu masalah..

Banyak pro dan kontra atas isu ini. Terpulang individu, hempedu bagi seseorang mungkin saja manis bagi yg lain. Kadangkala kita yang tidak berpoligami pula yg terlebih emosi. Orang yang dalam kapal poligami melayar bahtera mereka dengan tenang dan lapang dada.

Sebaliknya kita pula yang rasa lemas, rimas, tak puashati, pelik, bersangka buruk dan berbagai ragam mainan emosi..apa-apa pun kita kena kembali menghayati perintah Allah dan status kita sebagai hamba yg merdeka.. kita diberi pilihan.. maka itu,  ikutlah jalan yang kita pilih.. semoga jalan-jalan itu masih lagi dibawah naungan Arash Allah yang agung..

CINTA Sama ada ia racun yang menggilakan kewarasan, atau ubat kepada si gila untuk kembali waras . Setinggi mana intelek seseorang, serendah mana taraf hidup seorang yang lain, kita berdepan dengan krisis yang satu ini ~ Abu Saif

Kita tidak diminta oleh Allah SWT untuk menjadi pengatur permainan tetapi hanya diminta oleh Allah SWT menjadi pemain yang terbaik.Tiada seorang pun terlepas daripada masalah di dalam hidup ini. Kita sentiasa mempunyai masalah kerana masalahlah yang membuatkan kita terus hidup dengan baik. Kita belajar banyak erti kehidupan daripada masalah yang kita miliki.Masalah merupakan satu desakan di dalam permainan kita di dunia ini. Maka jadilah pemain yang terbaik namun jangan sesekali meletakkan permainan ini di jiwa kita. Cukup sekadar mengenggamnya di tangan. ~ Fuad Latif

Dalam hukum nikah itu kita kenal ada lima kategori, wajib, sunnah, mubah, makruh dan haram, apakah ini juga berlaku dalam hukum poligami ?

sebenarnya Quran bukan mendorong untuk menikah lebih dari satu menjadi dua, tiga dan empat. Tetapi dari poligami yang disuruh memaksimumkan menjadi empat. Dan empat pun disaratkan berbuat adil, kalau tidak boleh ya cukup satu. malah adil dalam hal ini bukanlah sekadar dari sistem giliran atau harta benda dan kasih sayang. adil dalam islam ialah mengikut keperluan. kalau isteri tua ada anak dan suami telah memberi dia sebiji rumah bungalow 6 bilik kemudian isteri kedua yang baru dikahwininya cuma ada satu anak dan dia disediakan rumah teres 3 bilik itu adil kerana keperluan isteri pertama itu lebih dari isteri kedua. tapi kalau mata kasar kita itu sudah tidak adil dan berat sebelah.

kalau isteri ketiga sakit dan dia disediakan pembantu itu adil kerana dia tidak mampu mengurus diri..

kita sering guna akal dengan emosi. mari kita berlapang dada, guna akal dengan iman dihati.... Setiap hal yang menyakitkan tidak selalu bererti buruk, bila dijubahi dengan iman dan takwa secara positif malah akan membawa kebaikan.

poligami malah mampu jadi ladang amal yang menjanjikan pahala berlimpah, kalau kita pandang dari sisi sunnah agama, ia melatih diri bersabar, melatih diri ikhlas, melatih diri membuang segala penyakit nafsu, dengki, iri hati, benci, dendam, dll.. membentuk diri kehambaan, mendekatkan diri pada Tuhan. Pun sebaliknya akan berlaku kalau kita melihat dengan mata nafsu, segala hanyir, pekong, tokak ada dalam poligami!

menyedihkan sekali....Kita sudah kehilangan prasangka baik terhadap Allah. Allah tidak akan membuat aturan yang tidak ada manfaatnya. Aturan yang tidak kita pahami saat ini, mungkin memang tidak pada masa ini.,tapi untuk masa jauh di depan kita.

tiada ada apa yang harus direbutkan. hakikat hidup ini nikmatnya hanya sekelip mata.

segalanya bukan milik kita... suami anak harta kemewahan, kedudukan segala2nya hak DIA, kita diberi pinjam sahaja. yang sering buat kita sakit hati dan jiwa bila kita merasa semua itu 'hak' kita. atas usaha kita, atas daya kita, tapi kita terlupa kalau tidak dengan izin dari NYA.

'lepaskan' semua kembali kepada Allah, Insya'allah jika kita diuji jika kita dicuba.. kita akan lebih sabar kerana kita tahu, kita tidak boleh mengatasi peraturan yang DIA tetapkan untuk kita..namun jika kita sabar dan redha, Allah juga telah berjanji bahawa ganjaran untuk mereka yang sabar dan redha itu sangat hebat disisiNya.

namun.. Allah juga sangat sayang akan hamba2Nya.. kepada sesiapa yang rasanya tidak mampu dan tidak dapat bertahan dalam kehidupan berpoligami.. juga ada jalan keluar. penceraian.. walau ia dibenci Allah, ia adalah halal, dari wanita atau isteri itu menangung dosa lebih baik dia minta dilepaskan. bolehlah dia membena hidup baru dan dekatkan diri dengan Allah. itu lebih baik...

jadi.. kesimpulan yang tidak mudah untuk dibuat.. terpulang kepada diri individu itu sendiri.. cara dia untuk berhadapan dengan masalah ini atau mengatasi masalah ini bergantung kepada kekuatan dan kefahamannya, kejahilan atau ilmunya dalam menggunakan agama dan imannya.. antara dia dengan suami/ isteri dan paling utama antara dia dengan Sang Maha Pencintanya ~ ALLAH...

wallahu'alam

p/s : yang demikian ini adalah pendapat peribadi ummi semata2, tidak mewakili mana2 wanita atau individu, anda semua berhak keatas diri dan kehidupan anda dan bebas memberi pendapat dan pandangan. Namun sesekali usah memberi pandangan dan pendapat anda dengan emosi kerana poligami bukan 'hak cipta terpelihara' manusia..