Pages

04 July 2010

Ibu Bapa Nahkhoda Kehidupan Anak-Anak

Al-Quran sering kali di anak tirikan oleh umat islam. Mereka hanya memandang enteng akan kepentingan al-Quran. Al-Quran hanya sekadar hiasan di setiap penjuru rumah.

Kamus bergambar bertukar tangan, tanda penghargaan daripada si bapa sempena lulusnya anak di medan peperiksaan. Kalaulah kamus comel itu digantikan dengan al-Quran yang terjamin akan kesuciannya, sudah tentu mendapat keberkatan daripada Ilahi.

Tapi masa sekarang sudah berubah!. Tika dahulu anak kecil diasuh mengenal huruf-huruf hijaiyah, Muqaddam dihafal setiap kali menjelang maghrib, bagaikan menutup tirai senja.
Teringat cerita semalam, di tangan Tok Guru tersedia rotan yang panjang, gerun kami melihatnya. Kiranya tersalah, maka dirotannya kami. Begitulah peritnya menuntut ilmu yang tiada tandingannya.
Namun kini, cerita semalam hanya tinggal kenangan. Parut dan luka lama menjadi sejarah dalam kamus hidupku.

“Tahun ni Amirul UPSR lah Kak Nah, jadi berhenti sekejap mengaji dan kelas fardhu ain. Senang sikit. Boleh beri tumpuan pada UPSR. Maklumlah, tahun depan katanya nak ke MRSM.”

Sedih bukan! Apabila dunia menjadi keutamaan, akhirat dilengah-lengahkan. Semakin kita mengejar kemewahan, terasa bagaikan nilai keimanan luntur dalam sanubari. Manusia rakus mengejar arus kemodenan yang tidak pasti akan hentinya. Bagi saya itulah kesan kejahilan. Jahil bukan masalah kecil. Tapi sentiasa dikecil-kecilkan. Bagaikan tidak nampak di mata kita.
Apabila si anak tidak dapat melanjutkan pelajaran ke universiti, maka si ayah dan si ibu akan berasa malu mempunyai anak seperti ini. Sedangkan berapa ramai graduan universiti yang tidak layak bergelar sebagai manusia, jahilkah mereka? Mereka yang hebat dari sudut akademik namun tidak pada agama. Bak kata Saiful Islam  yang dipetik dari blognya “...(mafhumnya) kita bukan mahu anak kita menjadi orang agama, tapi cukuplah sekadar orang yang beragama.”
Segala-galanya bermula daripada rumah, teringat akan pesanan Lukman al-Hakim kepada anaknya:

“Wahai anakku,  ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH."

Daripada riwayat A-Bukhari dan Muslim, Rasulullullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” 

Setiap anak yang dilahirkan suci akan sifatnya. Tiada noda-noda dosa, apatah lagi tompok hitam. Di sinilah bermulanya peranan ibu bapa dalam menzahirkan syariat Islam ke atas seseorang anak. Supaya anak-anak itu menjadi seorang insan yang sempurna akan akhlaknya dan tidak menyekutukan Allah.

Sumber: Dipetik daripada http://imtiazsofea.blogspot.com

9 GOLONGAN ORG YG SEMBAHYANG

Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramaiumat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.Imam Syafi kata jatuh fasik (punmasuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
Masya-Allah. . tanak masuk 
golongan nih.. plg menyedihkan...

Golongan 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala
.


Golongan 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.


Golongan 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. 
Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )


Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dariseluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. 
Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.astaghfirullah. . rase kerdil..

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup
, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja
. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.



 ...HIDUP ini amat bermakna jika segalanya kerana ALLAH..

sumber: tokperakc70@yahoo.com.my

02 July 2010

Jangan kau ......

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. 
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya 

  
  Jangan sengaja lewatkan solat. 
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. 
  
Jangan 
tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu  berkat). 
J 
angan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. 
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah 
tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam
perjalanan. 


Jangan 
biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 
J 
angan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa. 

Jangan 
ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.. 

Jangan 
mengumpat sesama rakan 
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia. 

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.  Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. 
Jangan 
bakhil untuk bersedekah. 
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 
Jangan 
banyak ketawa. Nanti mati jiwa. 
Jangan 
biasakan berbohong, kerana ia adalahciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita. 


Jangan 
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH. 

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. 

sumber: tokperakc70@yahoo.com.my

Demonstrasi Anti-Yahudi yang nyata Sia-Sia







by admin on 08/06/2010

Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel . Kami kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca Oh! Islam yang berminat (nyata tiada paksaan).



Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.
Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel . Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.
Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.
Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.
Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit& janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.
Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan,
saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.
Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.
Kenapa Pak Cik?
Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.
Pak Cik hisap rokok apa? saya mula teruja untuk berbual.
Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.
Winston from America ? bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.
Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini? kilasnya mengalih arah perbualan.
Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu, tegas saya.
Apa dia?
Solat Subuh berjemaah.
Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat. Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.
Kita mesti sanggup memikul senjata.
Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.
Saya tak faham.
Pak Cik , Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.
Apa yang menyakitkan mereka?
Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.
Jadi?
Sebaik-baik demonstrasi ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cik tersebut dengan senyuman.
Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?
Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza !
Awak sindir saya?
Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.
Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.
Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?
Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?
Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.
Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.
Contoh?
Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.
Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?
Ketiga-tiga isme itu sama.
Sama?
Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama& ZionisYahudi!
Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?
Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan genuine.
Misalnya?
Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.
Lagi?
Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!
lagi?
Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh berdemonstrasi hari-hari terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.
Idola Amerika?
Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.
Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik? kata saya seakan-akan merayu.
Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.
Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.
Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.
Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat?
Eh, kami yang demonstrasi semua solat&
Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?
Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?
Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja& tetapi hari-hari. Setiap hari!
Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus mengecilkan pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?
OHISLAM: SAMPAIKANLAH ILMU WALAU HANYA DENGAN SATU AYAT.

sumber : pakbelang@yahoogroups.com

01 July 2010

Khasiat Tumbuhan Dan Haiwan




sumber : 



Beras

Dalam Kitab Zaad al-Maad telah dinyatakan bahawa terdapat satu hadis Mauduq yang menerangkan tentang kelebihan beras iaitu ;

Sabda Rasulullah SAW :
كُلّ شَيْءٍ أَخْرَجَتْهُ الأَرْضُ فَفِيهِ دَاءٌ وَشِفَاءٌ إلاالأَرُزّ فَإِنّهُ شِفَاءٌ لاَ دَاءَ فِيهِ
Setiap sesuatu yang dihasilkan oleh bumi (tanah) mengandungi penawar dan mendatangkan penyakit kecuali beras, sesungguhnya ia adalah penawar (ubat) dan tidak mendatangkan penyakit".

Menurut pengarang kitab tersebut, ia bukan hadis dan tujuan ia dpaparkan sebagai peringatan dan amaran kepada mereka ia menyandarkan ia kepada Rasululullah SAW.
Beras adalah antara makanan yang mengenyangkan. Di anatara khasiatnya ialah ;
1. mudah dicerna oleh perut
2. menyihatkan badan
3. menambah air mani
4. menjernihkan warna kulit dan muka


Burung

Firman Allah SWT
“Dan daging burung dari apa yang mereka inginkan” Surah al-Waqiah : 21
Ada burung yang halal dan ada yang haram dimakan. Di antara yang haram dimakan ialah ;
1. mempunyai taring/mencakar utk mencari makanan spt helang dsb
2. yang dilarang membunuhnya spt hudhud
3. yang disuruh membunuhnya spt gagak
4. yang makan bangkai spt gagak dsb
Di antara khasiatnya ialah ;
a. ayam - panas tapi lembab sbb itu tidak sesuai bagi ibu yang baru bersalin/keguguran
- mudah dicerna
- mengelokkan suara
- menguatkan daya ingatan
- menambah darah
- menambah air mani
b. itik/serati - panas dan lembap
- susah dicerna, tidak sesuai utk perut
- byk lemak
c. Angsa - panas dan kering
- tidak baik dimakan

Cuka


عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللّهِ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُمَا أَنّ رَسُولَ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ سَأَلَ أَهْلَهُ الْإِدَامَ فَقَالُوا : مَا عِنْدَنَا إلا خَلّ فَدَعَا بِهِ وَجَعَلَ يَأْكُلُ وَيَقُولُ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ
Sabda Rasulullah SAW :
Dari Jabir bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW bertanya tentang laukpauk kepada keluarganya. Jawab mereka : Kami tidak mempunyai apa-apa, kecuali cuka. Lalu Rasulullah SAW meminta dihidangkan. Setelah dihidangkan, baginda memakannya seraya berkata : Sebaik-baik lauk ialah cuka. Hadis riwayat Muslim

عَنْ أُمّ سَعْدٍ رَضِيَ اللّهُ عَنْهَا عَنْ النّبِيّ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ نِعْمَ الْإِدَامُ الْخَلّ اللّهُمّ بَارِكْ فِي الْخَلّ فَإِنّهُ كَانَ إدَامَ الْأَنْبِيَاءِ قَبْلِي وَلَمْ يَفْتَقِرْ بَيْتٌ فِيهِ الْخَل
Dari Ummu Said RA dari Nabi SAW baginda bersabda : Sebaik-baik lauk ialah cuka. "Ya Allah berkatilah cuka. Sesungguhnya ia adalah aluk para nabi sebelumKu. Tidak akan dilanda kemiskinan rumah yang ada cuka”. Hadis riwayat Ibnu Majah.
Cuka mempunyai beberapa khasiat :
1. menyembuhkan keracunan
2. membantu mencernakan makanan
3. menghilangkan haus
4. melancarakan peredaran darah
5. mengubati penyakit limpa
6. mengubati penyakit kuning.

Daun Saderi

Daun saderi amat bermanfaat untuk membuka sumbatan yang terjadi pada hati dan limpa. Membantu pencernaan, melancarkan kencing dan melancarkan keluarnya darah haid.

Delima

Firman Allah SWT ;
فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمّانٌ } [ الرّحْمَنِ 68 ]
”Dalam syurga itu terdapat buah-buahan, kurma dan delima”
Surah ar-Rahman ayat 68
Delima manis rasanya, baik untuk perut, membersihkan kahak dan lendir pada dada, menymbuhkan penyakit batuk dan sakit paru-paru.

Di antara khasiat delima yang manis ialah :
1. Menguatkan usus
2. membersihkan tekak
3. ubat batuk
Di antara khasiat delima yang masam ialah :


Sabda RS ; Makanlah delima dengan lemaknya, sebagai penyamak (pembersih) perut.

Bagi mata yang kekuning-kuningan, perahkan air delima dan campurkan sedikit madu. Biji delima yang dicampur madu juga boleh mengubat bisul.

Dhab

Dhab adalah sejenis biawak padang pasir. Ia HALAL dimakan.


عَنْ ابْنِ عَبّاسٍ أَنّ رَسُولَ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ سُئِلَ عَنْهُ لَمّا قُدّمَ إلَيْهِ وَامْتَنَعَ مِنْ أَكْلِهِ أَحَرَامٌ هُوَ ؟ فَقَالَ لاَ, وَلَكِنْ لَمْ يَكُنْ قَوْمِي فَأَجِدُنِي أَعَافُهُ

Dari Ibnu Abbas RA bahawa rasulullah SAW telah ditanya tentang dhab, ketika dihidang kapadanya dia tidak memakannya. Apakah ia HARAM ? . Jawab beliau : Tidak. Tetapi tiada Dhab di kwsn kaumku, maka aku merasa jijik” Hadis riwayat Bukhari.

وَفِي " الصّحِيحَيْنِ " : مِنْ حَدِيثِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُمَا عَنْهُ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ أَنّهُ قَالَ لَا أُحِلّهُ وَلَا أُحَرّمُهُ وَهُوَ حَارّ يَابِسٌ يُقَوّي شَهْوَةَ الْجِمَاعِ وَإِذَا دُقّ وَوُضِعَ عَلَى مَوْضِعِ الشّوْكَةِ اجْتَذَبَهَا .
Dhab adalah panas dan kering. Khasiatnya ialah menambah kekuatan syahwat. Minyaknya mujarab utk sakit @ kembung perut.


Halia

Firman Allah SWT ;
{ وَيُسْقَوْنَ فِيهَا كَأْسًا كَانَ مِزَاجُهَا زَنْجَبِيلًا } [ الْإِنْسَانِ 17 ]

“Mereka (ahli syurga) diberikan minuman segelas yang campurannya adalah halia”

Surah al-Insan ayat 17.


قال تعالى ‏ «‏ويسقون فيها كأسا كان مزاجها زنجبيلا‏»
«‏الإنسان‏:‏17‏»‏
Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari halia,‏
وذكر أبو نعيم في كتاب الطب النبوي من حديث أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال أهدى ملك الروم إلى رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ جرة زنجبيل، فأطعم كل إنسان قطعة، وأطعمني قطعة‏.‏
Abu Naim meriwayatkan dari Abu Said al-Khudari beliau berkata bahawa Raja Rom telah memberi satu bejana halia kepada Rasulullah SAW, maka baginda telah memberi makan setiap seorang sepotong dan kami diberi sepotong”

Di antara khasiat halia ialah ;
1. Menghangatkan badan
2. membantu pencernaan
3. menyihatkan perut
4. menghilangkan rabun mata kerana udara lembab
5. menambah kekuatan syahwat
6. membuang angin dlm perut dan usus besar
7. menghilangkan kahak
8. ubat penyakit buasir
9. mengurangkan bau nafas
Ramai para pengamal perubatan berkata :”Jika manusia mengetahui banyaknya manfaat yang diperolehi dari halia, pasti mereka membelinya walaupun dengan seharga emas”

Katak

Katak haram dimakan dan haram utk dijadikan ubat dan dilarang membunuhnya.
عَن عُثْمَانَ بْنِ عَبْدِ الرّحْمَنِ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُ أَنّ طَبِيبًا ذَكَرَ ضِفْدَعًا فِي دَوَاءٍ عِنْدَ رَسُولِ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ فَنَهَاهُ عَنْ قَتْلِهَا رواه أحمد في مسنده
Dari Uthman bin Abdul Rahman RA berkata, bahawa seorang doktor menyebut-nyebut tentang katak untuk dijadikan ubat di sisi Rasulullah, maka Rasulullah SAW melarang membunuhnya.” Hadis riwayat Imam Ahmad.
Dalam kitab al-Qanun berkata : Sesiapa yang makan darah @ daging katak, akan tumbuh bintil dan bengkak-bengkak, warna kulit menjadi suram dan air maninya tertumpah (menjadi cair) sehingga dia mati. Sebab itulah para doktor tidak menjadikannya sebagai ubat, kerana takut akibat buruknya.

Daging Keldai liar

عن أبي قتادة رضي الله عنه، أنهم كانوا مع رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ في بعض عمره، وأنه صاد حمار وحش، فأمرهم النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ بأكله وكانوا محرمين، ولم يكن أبو قتادة محرمًا – رواه البخارى ومسلم
Dari Qatadah RA bahawa mereka bersama Rasulullah SAW pada ketiika umrah. Abu Qatadah memburu keldai liar, lalu Rasulullah SAW menyuruh mereka makannya, sedangkan mereka sedang berihram. Abu Qatadah tidak berihram.
عن جابر قال‏:‏ أكلنا زمن خيبر الخيل وحمر الوحش - رواه ابن ماجه
Dari Jabir bin Abdullah RA, ia berkata ; “Pada waktu perang Khaibar, kami makan daging kuda dan keldai liar”. ‏‏

Gandum



عَن عَائِشَةَ قَالَتْ [ ص 302 ] كَانَ رَسُولُ اللّهِ صَلّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ إذَا أَخَذَ أَحَدًا مِنْ أَهْلِهِ الْوَعْكُ أَمَرَ بِالْحِسَاءِ مِنْ الشّعِيرِ فَصُنِعَ ثُمّ أَمَرَهُمْ فَحَسَوْا مِنْهُ ثُمّ يَقُولُ " إنّهُ لَيَرْتُو فُؤَادَ الْحَزِينِ وَيَسْرُو فُؤَادَ السّقِيمِ كَمَا تَسْرُوَا إحْدَاكُنّ الْوَسَخَ بِالْمَاءِ عَنْ وَجْهِهَا وَمَعْنَى يَرْتُوهُ يَشُدّهُ وَيُقَوّيهِ . وَيَسْرُو يَكْشِفُ وَيُزِيلُ . رَوَى ابْنُ مَاجَهْ
Dari Aisyah RA bahawa ia berkata : “Adalah Rasulullah SAW jika salah seorang keluargnya kurang sihat, ia meminta sesuap gandum, lalu dimasaknya. Kemudian dia menyuruh mereka memakannya, maka merekapun memakannya. Setelah itu Rasulullah SAW berkata : “Sesungguhnya gandum itu menguatkan hati yang sedih dan menghilangkan hati yang sakit, sebagaimana salah seorang kamu menghilangkan/membersihkan kotoran dari mukanya dengan air”
Gandum memberi faedah menyembuhkan batuk, melegakan kahak, mengurangkan lebihan lemak badan, melancarkan air kencing, menyihatkan perut, menghilangkan rasa haus dan menurunkan panas badan.


Susu Binatang

«‏وإن لكم في الأنعام لعبرة نسقيكم مما في بطونه من بين فرث ودم لبنا خالصا سائغا للشاربين‏» ‏ ‏«‏النحل‏:‏ 66‏»
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya.
‏ وقال في الجنة‏:‏ ‏ «‏فيها أنهار من ماء غير آسن وأنهار من لبن لم يتغير طعمه‏» ‏ ‏ «‏محمد‏:‏ 15‏»
Padanya (bsyurga) beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya
‏ وفي السنن مرفوعًا‏:‏ ‏ «‏من أطعمه الله طعامًا‏.‏ فليقل‏:‏ اللهم بارك لنا فيه، وارزقنا خيرًا منه، ومن سقاه الله لبنًا فليقل‏:‏ اللهم بارك لنا فيه، وزدنا منه، فإني لا أعلم ما يجزئ من الطعام والشراب إلا اللبن‏»
‏‏Sesiapa yang diberi makanan oleh Allah, maka hendaklah ia membaca; Ya Allah, berilah kami keberkatan kepada makanan ini dan berilah lagi makanan kepada kami yang lebih baik dari ini.” Dan sesiapa yang diberi minum susu oleh Allah, maka hendaklah ia membaca : Ya Allah berkatilah bagi kami pada minuman ini dan tambahkan lagi kepada kami (susu).” Sesungguhnya tidak ada satu makanan dan minuman yang cukup lengkap (khasiatnya) selain drp susu. Riwayat Abu Daud.

Garam

وذكر البغوي في تفسيره ‏:‏ عن عبد الله بن عمر ـ رضي الله عنهما ـ مرفوعًا‏:‏ ‏ «‏إن الله أنزل أربع بركات من السماء إلى الأرض‏:‏ الحديد، والنار، والماء، والملح‏» ‏‏.‏ والموقوف أشبه‏.‏
Al-Baghwi dalam tafsirnya ada menyebut bahawa drp Abdullah bin Umar RA dengan sanad marfuk: Bahawa Allah telah menurunkan 4 perkara yang berkat dari langit ke dunia iaitu besi, api, air dan garam.


Tamar (K (urma


ثبت في الصحيح عنه ـ صلى الله عليه وسلم ـ‏:‏ ‏ «‏من تصبح بسبع تمرات وفي لفظ‏:‏ من تمر العالية لم يضره ذلك اليوم سم ولا سحر‏»
Diriwayatkan daripada Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma di antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang *


Telur

ذكر البيهقي في شعب الإيمان أثرًا مرفوعًا‏:‏ أن نبيًا من الأنبياء شكى إلى الله سبحانه الضعف، فأمره بأكل البيض‏.‏ وفي ثبوته نظر، ويختار من البيض الحديث على العتيق، وبيض الدجاج على سائربيض الطير، وهو معتدل يميل إلى البرودة قليلًا‏.
Maksudnya : Imam Biahaqi meriwayatkan sebah hadis marfuk : bahawa seorang nabi di antara para nabi telah mengadu kepada Allah tentang kelemahan badannya. Maka Allah mengarahnya supaya makan telur.
Di antara khasiat kuning telur ialah ;
1. menghilangkan rasa sakit
2. ubat batuk

Tin

ويذكر عن أبي الدرداء‏:‏ أهدي إلى النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ طبق من تين، فقال‏:‏ ‏ «‏كلوا و أكل منه،
Abu Darda’ menceritakan bahawa RS dihadiahkan satu tabak buah tin. Beliau bersabda; makanlah !, maka akupun makan.
Di antara khasiat buah tin ialah ;
1. ubat penyakit buasir
2. ubat bengkak-bengkak badan
3. menghilangkan batuk yang berpanjangan
4. melawaskan air kencing


Zaitun

35. Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. An-Nur :35
Di antara khasiat buah zaitun ialah :
1. perut
2. mengeluarkan cacing
3. menghaluskan kulit
4. penawar racun
5. melambatkan uban
Sabda Rasulullah SAW :
Makanlah buah zaitun dan berminyaklah dengannya, kerana buah itu adalah bauh berkat.