Pages

02 July 2010

Jangan kau ......

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. 
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya 

  
  Jangan sengaja lewatkan solat. 
Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. 
  
Jangan 
tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu  berkat). 
angan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. 
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah 
tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam
perjalanan. 


Jangan 
biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 
angan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa. 

Jangan 
ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.. 

Jangan 
mengumpat sesama rakan 
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia. 

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.  Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. 
Jangan 
bakhil untuk bersedekah. 
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 
Jangan 
banyak ketawa. Nanti mati jiwa. 
Jangan 
biasakan berbohong, kerana ia adalahciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita. 


Jangan 
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH. 

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. 

sumber: tokperakc70@yahoo.com.my

No comments:

Post a Comment