Pages

25 May 2010

DENGAN AMAL BOLEH SELESAIKAN MASALAH


istisqa_kelantan

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, 12 Mac – Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan,

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.
Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.
Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.

Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.
“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”.

Ayat al-Wilayah


FirmanNya di dalam (Surah al-Maidah (5): 55):"Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, RasulNya, dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan memberi zakat dalam keadaaan rukuk."

Telah sepakat kebanyakan para ulama tafsir Ahlu s-Sunnah, malah keseluruhan mereka bahawa ayat ini telah diturunkan pada Amiru l-Mukminin Ali AS, ketika beliau memberi sadqah cincinnya kepada si miskin di dalam keadaan beliau (Ali AS) sedang solat di Masjid Rasulullah SAW. Peristiwa ini telah diakui oleh para sahabat pada zaman Nabi SAW, para tabi'in dan penyair-penyair yang terdahulu sehingga mereka memasukkan peristiwa ini ke dalam syair-syair mereka.

Di sini diperturunkan kenyataan para ulama Ahlu s-Sunnah mengenai perkara tersebut seperti berikut:
Al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur1 berkata: al-Khatib telah mengeluarkannya di dalam al-Muttafaq daripada Ibnu Abbas, dia berkata:'Ali AS telah menyedekahkan cincinnya dalam keadaan rukuk. Maka Nabi SAW bersabda: Siapakah yang memberikan kepada anda cincin ini? Lelaki ini menjawab: Lelaki yang sedang rukuk itu. Maka Allah SWT menurunkan ayat "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan memberi zakat di dalam keadaan rukuk (Surah al-Maidah(5): 55).

Al-Tabrani telah menulisnya di dalam al-Ausat.2   Ibn Mardawaih daripada 'Ammar bin Yassir berkata: Seorang peminta sadqah berdiri di sisi Ali yang sedang rukuk di dalam sembahyang sunat. Lalu beliau mencabutkan cincinnya dan memberikannya kepada peminta tersebut. Kemudian dia memberitahukan Rasulullah SAW mengenainya. Lalu ayat tersebut diturunkan. Kemudian Nabi SAW membacakannya kepada para sahabatnya. Beliau bersabda: Siapa yang telah menjadikan aku maulanya, maka Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku, hormatilah orang yang memperwalikannya dan musuhilah orang yang memusuhinya, cintailah orang orang mencintainya, bencilah orang yang membencinya, tolonglah orang yang menolongnya, tinggallah orang yang meninggalkannya dan penuhilah kebenaran bersamanya di mana saja dia berada."

Begitu juga Abdu l-Razzaq, 'Abd b. Hamid, Ibn Jarir dan Abu Syaikh telah mengesahkan bahawa Ibn Mardawaih meriwayatkannya daripada Ibn Abbas, dia berkata: ayat "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman.....(Surah al-Maidah (5):55) telah diturunkan ke atas 'Ali bin Abi Talib.

Hadith ini telah dikeluarkan juga oleh Ibn Abi Hatim, Abu Syaikh dan Ibn 'Asakir daripada Salmah bin Kuhail. Dia berkata: Ali menyedekahkan cincinnya dalam keadaan rukuk. Kemudian ayat (Surah al-Ahzab (33): 33) diturunkan.
Begitu juga Ibn Jarir, daripada Sudi dan 'Atbah bin Hakim telah mengeluarkan hadith yang sama, sementara Abu Syaikh dan Ibn Mardawaih meriwayatkan hadith ini daripada 'Ali bin Abi Talib. Dia berkata: Ayat (Surah al-Maidah (5):55) "Sesungguhnya wali kami adalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman....." adalah diturunkan kepada Rasulullah SAW di rumahnya. Lalu Rasulullah SAW keluar dari rumahnya dan memasuki masjid. Orang ramai bersembahyang di antara rujuk dan sujud, malah ada yang berdiri. Tiba-tiba datang seorang peminta sadqah, adakah seseorang telah memberikan kepada anda sesuatu? Dia menjawab: Tidak, selain daripada lelaki yang sedang rukuk iaitu 'Ali bin Abi Talib telah memberikan cincinnya kepadaku.

Ibn Mardawaih telah mengeluarkan hadith ini melalui al-Kalbi daripada Abi Salih daripada Ibn Abbas dia berkata: 'Abdullah bin Salam dan beberapa orang Ahlu l-Kitab datang kepada Nabi SAW di waktu zuhur. Mereka berkata: Sesungguhnya jarak rumah-rumah kami jauh sekali. Kami tidak dapati orang yang ingin duduk bersama kami dan bergaul dengan kami selain di masjid ini. Dan sesungguhnya kaum kami apabila mereka melihat kami telah membenarkan Allah dan RasulNya, dan meninggalkan agama mereka, lalu mereka melahirkan permusuhan mereka dan bersumpah supaya mereka tidak bergaul dengan kami, mereka tidak makan bersama-sama kami. Lantaran itu ianya menimbulkan kesulitan kepada kami. Dan di kalangan mereka ada yang merayu perkara itu kepada Rasulullah SAW. Dan kemudian ayat yang bermaksud: Sesungguhnya wali kami adalah Allah, RasulNya dan orang yang beriman..[al-Maidah (5): 55] diturunkan. Kemudian azan diadakan bagi menunaikan solat Zuhr.

Kemudian Rasulullah SAW keluar ke masjid, tiba-tiba beliau melihat peminta sadqah lalu beliau bersabda: Adakah seseorang telah  memberikan anda sesuatu? Dia menjawab: Ya. Beliau bertanya: Siapa? Dia menjawab: Lelaki yang sedang berdiri itu. Beliau bertanya lagi: Di dalam keadaan manakah dia memberikannya kepada anda? Dia menjawab: Dalam keadaan rukuk. Beliau bersabda: Itulah 'Ali bin Abi Talib AS. Lalu Rasulullah SAW bertakbir dan di masa itu beliau membaca ayat al-Qur'an (Surah al-Maidah (5): 55):"Sesiapa yang mewalikan Allah dan RasulNya dan orang-orang yang beriman, maka sesungguhnya parti Allah itulah yang pasti kemenangan."

Al-Kanji al-Syafi'i telah menyebutkannya di dalam Kifayah al-Talib3  daripada Anas bin Malik: Sesungguhnya ada seorang peminta sadqah di masjid bertanya: Siapakah yang akan memberikan sadqah kepadanya. 'Ali yang sedang rukuk memberikan isyarat kepadanya supaya mencabutkan cincin di tangannnya. Rasulullah SAW bersabda: Wahai 'Umar! Sesungguhnya telah wajib baginya ('Ali) syurga kerana Allah tidak mencabutkannya daripada tangannya sehingga Dia mencabutkan segala dosa dan kesalahan daripadanya. Dan ayat (Surah al-Maidah (5):55) diturunkan.
Kemudian penyair Hasan bin Tsabit memperkatakan syairnya:

Wahai Abu l-Hasan! Jiwa ragaku berkorban untukmu dan setiap pencinta petunjuk Adakah akan sia-sia orang yang memujimu? Orang yang memuji pada zat Allah tidak akan sesat
Kaulah yang telah memberi di dalam keadaan rukuk seluruh jiwa ragaku berkorban untukmu wahai sebaik-baik orang yang rukuk.

Di antara perawi-perawi yang menegaskan bahawa ayat ini telah diturunkan pada Amiru l-Mukminin Ali AS ialah Fakhruddin al-Razi di dalam tafsirnya.4  Dia telah meriwayatkannya daripada 'Ata' daripada Ibn Abbas bahawa sesungguhnya ayat ini diturunkan pada 'Ali bin Abi Talib AS. Dia meriwayatkan bahawa 'Abdullah bin Salam berkata: Manakala ayat ini diturunkan, aku bertanyakan Rasulullah SAW wahai Rasulullah SAW! Aku melihat Ali memberikan cincinnya kepada seorang yang memerlukannya di dalam keadaan rukuk, maka kami pun mewalikannya.

Dia juga meriwayatkan daripada Abu Dhar RH bahawa dia berkata: Pada suatu hari aku menunaikan solat Zuhr bersama Rasulullah SAW. Maka seorang peminta sadqah di masjid meminta (sesuatu), tidak seorangpun memperdulikannya. Lantas peminta itu mengangkat tangannya ke langit dan berkata: Wahai Tuhanku persaksikanlah sesungguhnya aku telah meminta di masjid Rasulullah SAW, tetapi tidak ada seorangpun yang memberi sesuatu kepadaku. Dan 'Ali AS pada ketika itu sedang rukuk lalu beliau memberikan isyarat kepadanya dengan anak jari tangan kanannya yang bercincin. Maka lelaki tadi datang mencabutnya dan ianya dilihat oleh Nabi SAW lalu beliau bersabda: Sesungguhnya saudaraku Musa telah meminta kepada Engkau dan berkata:(Surah Taha (20): 25): Wahai Tuhanku lapangkanlah untukku dadaku dan jadikanlah dia sekutu di dalam urusanku. Maka ayat (Surah al-Qasas (28): 35)"Kami akan membantumu dengan saudaramu dan kami berikan kamu berdua kekuasaan yang besar" diturunkan.

"Wahai Tuhanku, aku adalah Muhammad Nabi kalian dan pilihan kalian,  maka lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku dan jadikanlah untukku seorang pembantuku (wazir) daripada keluargaku 'Ali dan perkukuhkanlah dengannya kekuatan." Abu Dhar berkata:"Demi Allah sebaik saja Rasulullah SAW selesai membaca doa itu, Jibra'il turun dan berkata: Wahai Muhammad "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, dan memberikan zakat di dalam keadaan rukuk (al-Maidah (5): 55).

Hadith ini juga telah diriwayatkan oleh al-Syablanji di dalam Nur al-Absar5  sanadnya sampai kepada Abu Dhar. Di antara orang-orang yang meriwayatkan hadith ini diturunkan pada Amiru l-Mukminin 'Ali AS ialah al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul,6   al-Zamakhsyari di dalam tafsirnya al-Kasysyaf 7  bahawa ayat ini diturunkan kepada 'Ali ketika peminta sadqah meminta kepada beliau di dalam keadaan rukuk di dalam solatnya, maka beliaupun mencampakkan cincinnya. Ibn Hajr al-Asqalani, di dalam al-Kafi al-Syafi fi Takhrij Ahadith al-Kasysyaf 8  ketika mengeluarkan hadith ini, dia berkata: Hadith ini telah diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Salmah bin Kuhail dia berkata: 'Ali bersadqah dengan cincinnya dalam keadaan rukuk. Maka ayat "Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman" [al-Maidah (5): 55] diturunkan.

Hadith ini juga diriwayatkan daripada Ibn Mardawaih dan Sufyan al-Thauri daripada Ibn Sinan daripada al-Dhahak daripada Ibn 'Abbas, dia berkata:"Ali AS sedang menunaikan solat di dalam keadaan berdiri, tiba-tiba datang seorang peminta sadqah ketika 'Ali sedang rukuk. Maka beliaupun memberikan cincinnya kepada orang itu. Lalu ayat yang bermaksud:"Sesungguhnya wali kamu adalah Allah, RasulNya....."[al-Maidah (5): 55] diturunkan.
Abu Bakar Ahmad bin 'Ali al-Razi al-Hanafi di dalam Ahkam al-Qur'an 9  mengeluarkan beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa ayat ini diturunkan mengenai hak 'Ali AS. Sanad-sanadnya berakhir kepada Mujahid, Sudi, Abu Ja'far, 'Atbah bin Abi Hakim dan lain-lain.

Al-Qurtubi al-Andalusi di dalam al-Jami' li Ahkam al-Qur'an,10  memindahkan hadith ini daripada Imam al-Baqir AS bahawa ayat ini diturunkan kepada Amiru l-Mukminin 'Ali AS dan keluarganya. Dia berkata: Mereka memberi zakat di dalam keadaan rukuk menunjukkan bahawa sadqah sunat dinamakan zakat kerana 'Ali AS telah bersadqah sunat dengan cincinnya semasa rukuk.

Rasyid Ridha yang bermazhab Wahabi di dalam tafsirnya al-Manar,11  al-Alusi di dalam Ruh al-Ma'ani 12menyatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada hak Amiru l-Mukminin 'Ali AS dengan berbagai riwayat yang berakhir setengahnya kepada Ibn 'Abbas dan setengahnya kepada Abdullah bin Salam.

Muhibbuddin al-Tabari di dalam Dhakha'ir al-'Uqba,13   telah meriwayatkan beberapa riwayat yang sahih di dalam bab ini. Sibt Ibn al-Jauzi di dalam Tadhkirah al-Huffaz.14

Fakhruddin al-Razi di dalam Mafatih al-Gha'ib,15  mengatakan bahawa ayat ini menunjukkan bahawa imam selepas Rasulullah SAW ialah 'Ali bin Abi Talib AS. Justeru itu untuk mengukuhkannya, aku berkata: Bahawa sesungguhnya ayat ini menunjukkan bahawa apa yang dimaksudkannya ialah seorang imam. Dan apabila ianya menunjukkan sedemikian maka imam tadi mestilah 'Ali bin Abi Talib AS.

al-Bahrani di dalam Ghayah al-Maram 16  telah mengemukakan hadith-hadith yang menunjukkan ayat ini telah diturunkan kepada Amiru l-Mukminin 'Ali AS. Dia meriwayatkan sebanyak dua puluh empat hadith menurut saluran Ahlu s-Sunnah dan dua puluh hadith menurut saluran Syi'ah.

Begitu juga al-Allamah al-Amini di dalam al-Ghadir 17  telah mencatat enam puluh enam nama-nama ulama Ahlu s-Sunnah yang masyhur yang telah menyebutkan hadith ini dan mereka pula menegaskan bahawa ayat ini telah diturunkan kepada Amiru l-Mukminin 'Ali AS dengan menyebutkan perawi-perawinya sekali.

Perkataan innama (bahawa sesungguhnya) di dalam ayat tersebut memberi maksud al-Hasr dengan persetujuan ahli bahasa. Lantaran itu wilayah adalah ditentukan untuk mereka. Dan maksud dengan wali di sini adalah orang yang paling utama (aula) untuk mengurus sesuatu  dan seseorang itu tidak dikatakan aula (lebih utama) melainkan apabila dia adalah khalifah dan imam. Ini adalah pengertian yang masyhur menurut ahli bahasa.

Dari segi syarak mereka berkata: Sultan adalah wali kepada orang yang tidak mempunyai wali. Dan mereka berkata: Wali darah dan wali mayat, si anu adalah wali urusan rakyat dan si anu adalah wali bagi orang yang kurang daya kecerdikan. Nabi bersabda: Mana-mana perempuan yang mengahwini dirinya tanpa keizinan walinya, maka nikahnya adalah batil. Apa yang dimaksudkan dengan wali di dalam contoh-contoh tadi ialah al-Aula sebagaimana kata Mibrad di dalam buku al-'Ibarah tentang sifat-sifat Tuhan bahawa wali ialah aula.

Wali sekalipun sah dikaitkan dari segi bahasa dengan al-Nasr (pembantu) dan muhibb (pencinta) tetapi kedua-kedua pengertian itu tidak sesuai di tempat ini kerana kedua-duanya adalah umum, tanpa terbatas kepada orang yang dikehendaki di dalam ayat yang mulia ini iaitu firmanNya di dalam (surah al-Taubah (9):71):"Dan mukminin dan mukminah setengah mereka  menjadi Auliya' ke atas setengah yang lain."

Jika ditanya bagaimana dikehendaki dengan al-Ladhi na amanu (orang-orang yang beriman) itu Imam Amiru l-Mukminin AS seorang sahaja, sedangkan perkataan itu adalah umum? Maka kami menjawabnya:

1. Banyak terdapat di dalam percakapan Arab penggunaan perkataan jamak tetapi dikehendaki seorang sahaja berserta Qarinah dan sebaliknya. Ini adalah masyhur di kalangan mereka. Di dalam al-Qur'an firmanNya (Surah Ali Imran(3): 173):"Orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan sesungguhnya "manusia" telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada "mereka." Apa yang dimaksudkan dengannya ialah Nu'aim bin Mas'ud al-Asyja'i sahaja dengan ijmak ahli Tafsir dan Hadith.

2. Sesungguhnya Allah SWT telah mensifatkan al-Ladhi na amanu di dalam ayat yang mulia ini dengan sifat yang tidak menyeluruh kepada semua iaitu yuqimu s-Solah wa yu'tuna z-Zakat wa hum raki'un (yang mendirikan solat dan menunaikan zakat di dalam keadaan rukuk).

3. Ahli bahasa menggunakan perkataan jamak kepada seseorang adalah untuk ta'zim (penghormatan) sebagaimana disebutkan oleh al-Tabarsi di dalam Tafsirnya 18  mengenai ayat ini dengan menerangkan bahawa penggunaan perkataan jamak kepada Amiru l-Mukminin 'Ali AS adalah untuk tafkhim (kemuliaan) dan penghormatan. Dia berkata: Cara ini adalah paling masyhur di dalam percakapan mereka tanpa memerlukan dalil lagi.

4. Apa yang pasti jika dikehendaki dengan "semua" jami' ialah penyatuan wali dan mutawalli tetapi yang lazimnya ialah menyalahi kedua-duanya.

Al-Zamakhsyari di dalam al-Kasysyaf 19  mengatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada Amiru l-Mukminin 'Ali AS. Jika anda bertanya: Bagaimana boleh ianya untuk 'Ali AS sedangkan perkataaan di dalam ayat tersebut adalah jamak? Aku menjawab:Ianya dibawa dengan perkataan jamak sekalipun sebabnya seorang lelaki sahaja adalah untuk menerangkan kepada orang ramai supaya mengikuti perbuatannya  ('Ali AS). Maka dengan ini, mereka akan mendapat pahala setanding dengan pahalanya. Dan menyedarkan bahawa tabiat Mukminin mestilah mempunyai matlamat bagi melakukan kebaikan, ihsan, dan melayani faqir miskin sehingga tidak menangguhkannya meskipun di dalam solat sehingga selesai solat.

Jika ditanya: Sesungguhnya Amiru l-Mukminin 'Ali AS telah menunaikan solat menghadapi Tuhannya dengan sepenuh hatinya tanpa merasai sesuatu di luar solatnya. Maka bagaimana beliau "merasai" perkataan peminta sadqah dan memahaminya. Maka jawapannya: Fahamannya tentang percakapan peminta sadqah tidak menafikan kekhusyukannya di dalam solat kerana ianya ibadah di dalam ibadah. Tidak ada jawapan yang lebih baik daripada apa yang telah dijawabkan oleh Abu l-Faraj al-Jauzi ketika ditanya mengenainya:

Dia menuang dan meminum tanpa dilalaikan oleh kemabukkannya daripada minuman dan tidak melupai gelasnya. Kemabukan yang mematuhinya sehingga membolehkannya (melakukan) perbuatan orang yang segar, maka ini seunik-unik manusia.

Al-Wahidi di dalam Asbab al-Nuzul mencatatkan wa man yatawalla iaitu sesiapa yang mencintai Allah dan RasulNya dan al-lladhina amanu iaitu 'Ali, fa inna hizballah (sesungguhnnya parti Allah) iaitun Syi'ah Allah dan RasulNya dan walinya hum al-Ghalibun (mereka yang pasti menang) iaitu merekalah yang mendapat kemenangan.(Di dalam naskhah yang lain) al-'Alimun (mengetahui) sebagai ganti al-Ghalibun yang mendapat kemenangan. Dan di dalam perkiraannya (al-Hisab);"Sesungguhnya wali kami adalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat, mengeluarkan zakat di dalam keadaan rukuk penilaiannya ialah Muhammad SAW selepasnya 'Ali bin Abi Talib dan itrahnya AS.

Nota Kaki:

1. al-Durr al-Manthur, II, hlm. 293. 2. al-Ausat, hlm. 89-90. 3. Kifayah al-Talib, hlm. 106. 4. Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 417. 5. al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 105. 6. Asbab al-Nuzul, I, hlm. 422. 7. al-Kasysyaf, I, hlm. 422. 8. al-Kafi al-Syafi, hlm. 56. 9. Ahkam al-Qur'an, II, hlm. 543. 10. al-Jami' li Ahkam al-Qur'an, VI, hlm. 221. 11. Tafsir al-Manar, VI, hlm. 442 12. Ruh al-Ma'ani, VI, hlm. 149. 13. Dhakha'ir al-'Uqba, hlm. 88. 14. Tadhirah al-Huffaz, hlm. 18. 15. Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 156. 16. Ghayah al-Maram, hlm. 103-107. 17. al-Ghadir, III, hlm. 156 18. Majma' al-Bayan, I, hlm. 148. 19. al-Kasysyaf, I, hlm. 422.


Jaafar ash-shodiq 

punca anak derhaka

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. "

Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah..."Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka."Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka dirumah.

Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka,jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh,kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBULLazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anakkecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orangtua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegurpun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa,tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya.Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiranyang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.


Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita denganTuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua,bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."HUBUNGAN DENGAN BAPA Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak.

21 May 2010

6 perkara allah sembunyikan


SETELAH ALLAH SWT SELESAI MENCIPTAKAN JIBRAIL AS DENGAN BENTUK YANG CANTIK, DAN ALLAH MENCIPTAKAN PULA BAGINYA 600 SAYAP YANG PANJANG, SAYAP ITU ANTARA TIMUR DAN BARAT ( ADA PENDAPAT MENYATAKAN 124,000 SAYAP). SETELAH ITU JIBRAIL AS MEMANDANG DIRINYA SENDIRI DAN BERKATA:
"WAHAI TUHANKU"
* ADAKAH ENGKAU MENCIPTAKAN MAKHLUK YANG LEBIH BAIK DARIPADA AKU?
* LALU ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD..."TIDAK"
* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERDIRI SERTA SOLAT DUA RAKAAT KERANA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT. DAN TIAP-TIAP RAKAAT ITU LAMANYA 20,000 TAHUN. SETELAH SELESAI JIBRAIL AS SOLAT,
* MAKA ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD
"WAHAI JIBRAIL, KAMU TELAH MENYEMBAH AKU DENGAN IBADAH YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH, DAN TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MENYEMBAH KEPADAKU SEPERTI IBADAT KAMU, AKAN TETAPI DI AKHIR ZAMAN NANTI AKAN DATANG SEORANG NABI YANG MULIA YANG PALING AKU CINTAI, NAMANYA MUHAMMAD, DIA MEMPUNYAI UMAT YANG LEMAH DAN SENTIASA BERDOSA SEKIRANYA MEREKA ITU MENGERJAKAN SOLAT DUA RAKAAT YANG HANYA SEBENTAR SAHAJA, DAN MEREKA DALAM KEADAAN LUPA SERTA SERBA KURANG, FIKIRAN MEREKA MELAYANG BERMACAM-MACAM DAN DOSA MEREKA PUN BESAR JUGA. MAKA DEMI KEMULIAANKU DAN KETINGGIANKU, SESUNGGUHNYA SOLAT MEREKA ITU AKU LEBIH SUKAI DARI SOLATMU ITU KERANA MEREKA MENGERJAKAN SOLAT ATAS PERINTAHKU, SEDANGKAN KAMU MENGERJAKAN SOLAT BUKAN ATAS PERINTAHKU"
* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERKATA
"YA TUHANKU, APAKAH YANG ENGKAU HADIAHKAN KEPADA MEREKA SEBAGAI IMBALAN IBADAT MEREKA?"
* LALU ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD
"YA JIBRAIL, AKAN AKU BERIKAN SYURGA MA'WAA SEBAGAI TEMPAT TINGGAL...."
* KEMUDIAN JIBRAIL AS MEMINTA IZIN KEPADA ALLAH UNTUK MELIHAT SYURGA MA'WAA. SETELAH JIBRAIL AS MENDAPAT IZIN DARI ALLAH SWT MAKA PERGILAH JIBRAIL AS DENGAN MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DAN TERBANG, SETIAP DIA MENGEMBANGKAN DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH MALAIKAT JIBRAIL AS SELAMA 300 TAHUN SEHINGGA IA MERASA LETIH DAN LEMAH DAN AKHIRNYA DIA TURUN SINGGAH BERTEDUH DI BAWAH BAYANGAN SEBUAH POHON DAN DIA SUJUD.
* KEPADA ALLAH SWT LALU IA BERKATA DALAM SUJUD ;
* "YA TUHANKU APAKAH SUDAH AKU MENEMPUH JARAK PERJALANAN SETENGAHNYA ATAU SEPERTIGA, ATAU SEPEREMPATNYA?"
* KEMUDIAN ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD
"WAHAI JIBRAIL, KALAU KAMU DAPAT TERBANG SELAMA 3000 TAHUN DAN MESKIPUN AKU MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADAMU SEPERTI KEKUATAN YANG ENGKAU MILIKI, LALU KAMU TERBANG SEPERTI YANG TELAH KAMU LAKUKAN, NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA SEPERSEPULUH DARI BEBERAPA PERPULUHAN YANG TELAH KUBERIKAN KEPADA UMAT MUHAMMAD TERHADAP IMBALAN SOLAT DUA RAKAAT YANG MEREKA KERJAKAN..."
MARILAH SAMA2 KITA FIKIRKAN DAN BERUSAHA LAKUKAN.. SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN ENAM PERKARA IAITU ;
* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN REDHA-NYA DALAM TAAT
* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN MURKA-NYA DI DALAM MAKSIAT
* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN NAMA-NYA YANG MAHA AGUNG DI DALAM AL-QURAN
* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN LAILATUL QADAR DI DALAM BULAN RAMADHAN
* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN SOLAT YANG PALING UTAMA DI DALAM SOLAT (YANG LIMA WAKTU)
* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN (TARIKH TERJADINYA) HARI KIAMAT DI DALAM SEMUA HARI
SEMOGA KITA MENDAPAT BERKAT DARIPADA ILMU INI.
WALLAHUALAM
KALAU RAJIN... TOLONG SEBARKAN CERITA INI KEPADA SAUDARA MULIM MUSLIMAT YANG LAIN AGAR MENJADI RENUNGAN DAN PELAJARAN KEPADA KITA SEMUA. ILMU YANG BERMANFAAT IALAH SALAH SATU AMAL YANG BERKEKALAN BAGI ORANG YANG MENGAJARNYA MESKIPUN DIA SUDAH MENINGGAL DUNIA.....

          Nabi s.a.w telah bersabda: Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu mengesakan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan Haji.

info berguna

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2.Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

6. Sabda Nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan
nsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

18 May 2010

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah
kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan
dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh
perkara."

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK
 KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu :
 Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap
 warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan

bersaing dalam mencari keredhaan
 Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

07 May 2010

Keajaiban Bilangan Kalimah Dalam Al-Quran

Oleh waladi




Al-Quran telah menerangkan yang setiap makhluk diciptakan berpasangan, menunjukkan keajaiban pada angka 2.

Termasuklah dengan angka 7, yang antaranya simbolik kepada 7 lapis langit dan bumi, 7 hari dalam seminggu, 7 nama syurga dan neraka, Al-Quran diturunkan dalam 7 cara dan sebagainya.
Dengan itu tidak hanya angka 19 ssahaja yang dianggap ajaib dalam Al-Quran, ternyata juga banyak lagi ‘hint/clue’ yang menunjukkan bahawa pemilihan kata dalam Al-Quran oleh Pencipta Pengarang (Allah) dibuat “seimbang”, misalnya fakta-fakta berikut:

Jumlah kata dihitung dari teks arabnya:

Jumlah Kata Yang Berlawanan

Hidup (al-haya_h): 145

Mati (al-mawt) : 145

Perbuatan baik (ash-sha_liha_t) : 167
Perbuatan buruk (as-sayyi’a_at) : 167

Dunia (ad-dun-ya_) : 115

Akhirat (al-a_khirah): 115

Ucapan terang (al-jahr): 16

Ucapan tersembunyi (al-alaniyah): 16


Jumlah Kata Yang Berhubungan

Syaitan (syaytha_n) atau (syaya_thi_n): 80

Malaikat (mala_ikah) atau (malak) : 80

Mereka berkata (qa_lu_) : 332

Katakanlah! (qul) : 332

Kecintaan (al-muhabbat): 83

Keta’atan (ath-tha’aat): 83

Hidayah (al-hida_yah): 79

Rahmat (ar-rahmat) : 79

Keselamatan (as-salaam) : 50

Kebaikan (ath-thayyibaat): 50

Kesukaran (asy-syaddah) : 102

Kesabaran (ash-shabr) : 102

Musibah (al-mushi_bah) : 75

Bersyukur (asy-syukr) : 75

Iblis (al-ibli_s) : 11

Memohon perlindungan Allah (dari iblis):

(al-sti’a_dhatu billaah) : 11


Berkaitan dengan fakta zaman

Jumlah kata “jam” : 48

Jumlah kata “hari [tunggal/singular]” (yawm): 365

Jumlah kata “hari-hari (jamak/plural)” : 30

Jumlah kata “bulan” (sahar) : 12

Jumlah kata “tahun” (sanah) dan bentukannya: 19

Jumlah kata “tahun [tunggal/singular]” (al-sanah) : 7

Jumlah kata “tahun-tahun [jamak/plural]” (sanah) : 12



http://waladi-dimalaysia.blogspot.com